GOBLIN THE LONELY AND GREAT GOD - DRAMA KOREA PERTAMA SY!!!

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh....

Hari ini saya akn bercerita tentang drama korean yang membuatkan sya jatuh cinta pada  drama Korea kembali setelah sekian lama meninggalkan dunia drama korea.

bayangkan drama korea terakhir yang saya tonton adalah STAIRWAYS TO HEAVEN (2003)

GOBLIN - The lonely and great God (2016)





Foto dari  YouTube tvN Drama

Drama ini mengisahkan seorang panglima perang yang sangat di segani dan di geruni ramai pada zaman pemerintahan Goryeo. General Kim Shin adalah sahabt baik kepada Wang Yoe, Raja yang memerintah Goryeo pada masa itu.Mereka sangat bersahabat baik sehingga Raja Wang Yoe sanggup memperisterikan  adiknya Kim Sun walaupun Kim Shin tiada darah raja dan menjadikan adiknya permaisuri utama.



      Foto dari  YouTube tvN Drama    



Foto dari  YouTube tvN Drama.

Panglima kim shin sangat disegani oleh rakyat kerana sentiasa membawa kejayaan pada peperangan yang diarahkan oleh Raja Wang Yoe. Ini membuatkan salah seorang menteri dalam kabinet Raja Wang yoe , Park Joong Heon cemburu. Park Joon Heon adalah menteri yang mempunya cita2 yang sangat besar. Dalam diam, dia telah meracun semua Raja dan anak 2 mereka dan hanya meninggalkan seorang waris , iaitu Raja Wang yoe yang masih kecil. dia menjaga Raja wang Yoe dengan harapan akan dapat menjadi pemerintah satu hari nanti.Melihat pada keabraban Wang yoe pada Kim Shin, Park Joong Heon takut dia kan kehilangan kuasa pada Wang Yoe. Disebabkan hal itu, dia mula meracun fikiran Wang yoe yang kim shin ingin merampas tahta dengan menjadikan dirinya lebih berkuasa dari Raja sendiri.Semakin hari, Park joong heon menanmkan rasa cemburu di hati wang yoe dengan pujian menteri2nya terhadap Kim shin sehingga  Raja Wang Yoe mengambil keputusan untuk ,menghalang kim shin dari pulang ke kota raya selamanya. Raja Wang yoe menghadiahkan kim shin sebilah pedang dengan titah supaya jangan kembali ke kota raya sehingga kim shin meninggal dunia.



    
 Foto dari  YouTube tvN Drama.


 Foto dari  YouTube tvN Drama.



Kim Shin tidak dapat menerima titah Raja itu dan berarak ke istana bersama bala tenteranya. Ini memberi Park Joong heon alasan yang kukuh untuk mengarahkan Raja Wang Yoe supaya menghukum Kim Shin. lalu Raja Wang Yoe menitahkan jika kim shin memasuki istana , bunuh sahaja dia. Mendengar akan titah itu, adik kim shin, kim sun pergi mengadap Raja dan meminta penjelasan atas perbuatan Raja itu pada abangnya.Ternyata hati Yang Yoe lebih terluka keran isterinya sendiri tidak menyokongnya lalu menitahkan bahawa adiknya boleh memilih antara menjadi permaisurinya atau menjadi adik seorang penghianat.
 Foto dari  YouTube tvN Drama.


Foto dari  YouTube tvN Drama.

Bila Kim Shin tiba di istana , adiknya kim sun sedang menantinya sambil tersenyum. apabila kim shin melepasi adikya , tiba tiba satu anak panah tepat mengenai dada kim sun.Adiknya jatuh terkulai sambil berlumuran darah. Kim shin terus melangkah tanpa menoleh ke belakang tapi dia tahu bahwa adiknya sudah tiada lagi. 


Foto dari  YouTube tvN Drama.


Bersambung di episod lain yer...kamsahamnida!!!

credit by Drama beans and TVN..




Comments